top of page

Majlis Graduasi SAS Certified Data Scientist 2.0

Satu Majlis Graduasi SAS Data Scientist 2.0 telah diadakan pada 28 Mac 2022 di Le Meridien Putrajaya. Seramai sepuluh (10) orang Data Scientist di bawah program kerjasama DOSM - SAS Institute diraikan pada majlis ini. Program SAS-Certified Data Scientists adalah inisiatif DOSM bagi pembangunan Saintis Data dengan penggunaan aplikasi Sains Data sepenuhnya dalam menghasilkan statistik rasmi. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat. 

276150553_339006554937835_8115632440234759600_n.jpg
Buku Parlimen.PNG

Penyediaan Statistik Subnasional Parlimen 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat julung kalinya telah menerbitkan Statistik Subnasional Parlimen dan sesi libat urus telah diadakan bersama Ahli Perlimen pada 2 Mac 2022. Penerbitan Statistik Subnasional Parlimen yang berjumlah 222 adalah meliputi statistik sosioekonomi dan alam sekitar yang terdiri daripada indikator maklumat asas; penduduk; perumahan; guna tenaga; pendapatan isi rumah; pendidikan; kesihatan; kemiskinan; keselamatan awam; internet dan media sosial; kemudahan asas dan alam sekitar. Bilangan pertubuhan/ syarikat perniagaan mengikut sektor ekonomi dan pertubuhan/ syarikat perniagaan yang beroperasi di kawasan Parlimen dan DUN seperti stesen minyak, tadika swasta, kedai dobi, kedai runcit, bengkel kereta dan klinik gigi juga dimuatkan di dalam penerbitan ini.

166351801_4119712981383624_1034697938708

Virtual Study Visit from the State Committee of the Republic of Uzbekistan on Statistics (UZSTATS) 

A topic on using ICT Capabilities in Practice was presented on 1 April 2021. DOSM’s Facilitators for this program are from Core Team Big Data Analytic (CTBDA): 1) Ms. Nur Aziha Mansor @ Noordin, Principal Assistant Director presented on Overview on Big Data and Trade Enterprise Characteristics. 2) Ms. Mazliana Mustapa, Principal Assistant Director presented on Price Intelligence.

Lawatan Kerja DOSM ke Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

Satu lawatan kerja telah diadakan pada 29 Mac 2021 bertujuan untuk mendapatkan maklumat kejayaan penubuhan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) paga tahun 1999. Maklumat tersebut akan diguna pakai dalam penubuhan National Big Data Analytics Centre (NBDAC) kelak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak NAPIC diatas layanan mesra semasa lawatan kerja tersebut. 

Lawatan Kerja DOSM ke Pusat Geospatial Negara (PGN)

Satu lawatan kerja telah diadakan pada 23 Mac 2021 bertujuan untuk mendapatkan maklumat kejayaan penubuhan Pusat Geospatial Negara (PGN) paga tahun 2002. Maklumat tersebut akan diguna pakai dalam penubuhan National Big Data Analytics Centre (NBDAC) kelak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PGN diatas layanan mesra semasa lawatan kerja tersebut. 

Majlis Pertandingan Akhir DOSM Virtual Datathon 2020 (DvD2020)

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ketua Perangkawan Malaysia pada 23 November 2020. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis perasmian ini.

Picture1.png

Sambutan Hari Statistik Negara dan Hari Statistik Dunia 2020

Hari Statistik Negara telah diisytiharkan dan disambut secara tahunan pada setiap 20 Oktober bertujuan mengiktiraf sumbangan ahli statistik di Malaysia dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan statistik di kalangan komuniti. Statistik asas kelestarian kehidupan bermasyrakat dan negara. 

Connecting the World With Data We Can Trust

Perasmian Bilik Core Team Analitik Data Raya

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Ketua Perangkawan Malaysia pada 30 September 2020. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis perasmian ini.

bottom of page